RENDANG KEerang Pedas Bikin ketagihan



RENDANG KERANG PEDAS

Bahan-bahan :

  • 3kg kerang - gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
  • 5 biji bawang merah ros
  • 2biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inchi halia
  • 1inchi lengkuas
  • 1inchi kunyit hidup
  • 5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
  • 10 biji cili api kampong
  • 10tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus
  • Santan - 1 biji kelapa
  • 3sudu makan kerisik
  • 2 keping asam
  • 3 helai daun kunyit - hiris halus
Cara membuat Menu :
  1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
  2. Masukan santan - biarkan merenih dengan api perlahan
  3. Masukan kerisik dan asam keping - renih sampai pekat
  4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
  5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam
  6. Siap disajikan

Komentar